23 Tips Menurunkan Berat Badan Secara Berkesan

KEPELBAGAIAN dan kelazatan makanan di negara ini sukar ditolak sesiapapun. Jika tidak pandai mengawal gaya pemakanan, anda mungkin berisiko tinggi menghadapi masalah berat badan akibat makan terlalu banyak dan tidak mengambil langkah berjaga-jaga.

Apabila berat badan sudah naik, mulalah anda meragam hendak mencari cara untuk menurunkan berat badan dan kekal slim dengan diet tertentu. Sebelum ke artikel utama, adalah lebih baik anda membaca dahulu apa produk Slim Diet SD 2 dapat tawarkan kepada anda dan bagaimana produk ini boleh membantu proses perlangsingan badan anda secara sihat.

Masalah Berat Badan Berlebihan, Bukan Masalah Anda Seorang

Berat badan berlebihan adalah hasil daripada pengambilan kalori yang berlebihan daripada kadar tenaga keperluan harian di dalam badan. Rutin harian yang hanya duduk di pejabat dan kurang melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam menguatkan lagi faktor pertambahan berat badan.

Sebaiknya, elakkan makan makanan yang banyak lemak dan berminyak di samping mengamalkan pemakanan seimbang.

Ini kerana, berat badan yang berlebihan atau obesiti tanpa disedari akan meningkatkan risiko kesihatan dan masalah lain seperti penyakit angin ahmar (strok), tekanan darah tinggi, sesak nafas, kencing manis, rasa rendah diri dan radang sendi tulang.

Bagi mereka yang mahu menurunkan berat badan, ia sebenarnya boleh dilakukan dalam tempoh cepat menggunakan cara betul agar tiada kesan sampingan yang memudaratkan. Berikut tip yang ingin saya kongsi bersama supaya dapat membantu anda mengurangkan berat badan agar tampil lebih berkeyakinan.

Mari kita bermula dengan tip diet dan pemakanan.

  1. Makan lima hingga tujuh hidangan kecil berbanding tiga hidangan besar. Ini bukan saja dapat mengawal nafsu pemakanan malah memastikan tenaga anda berterusan sepanjang hari.
  2. Jangan tinggalkan setiap waktu makan (sarapan, makan tengah hari dan makan malam) sebab ia tetap tidak akan membantu anda menguruskan badan.
  3. Kenali keperluan kalori seharian. Ramai yang tidak mengenali keperluan kalori seharian masing-masing.
  4. Elakkan kalori daripada minuman. Ini adalah tip menguruskan badan yang paling senang. Hanya gantikan minuman bergula seperti teh ais, minuman coklat atau minuman ringan dengan air bebas gula. Hasilnya, anda boleh kurangkan kira-kira 10 kilogram (kg) dalam setahun.
  5. Banyakkan minum air mineral. Air jenis ini tidak mengandungi kalori dan tidak boleh menambahkan berat badan untuk jangka masa panjang. Tapi elakkan pengambilan garam berlebihan kerana ia akan menambah takungan air badan anda.
  6. Jangan makan buah-buahan terlalu banyak. Walaupun buah-buahan mengandungi vitamin dan mineral, ia juga mengandungi kalori (gula) yang boleh menggemukkan.
  7. Segenggam tangan karbohidrat. Sama ada anda makan nasi, roti, mi kuning mahupun kentang (semua sumber karbohidrat), pastikan saiz hidangan tidak melebihi segenggam tangan. Kalau tidak kenyang, tambahkan lauk.
  8. Pastikan kuantiti pengambilan protein cukup. Sebagai panduan, pastikan anda mengambil dua hingga 2.5 gram untuk setiap kilogram berat badan anda. Harus diingat, protein lebih mengenyangkan berbanding karbohidrat.
  9. Kawal nafsu makan. Satu-satunya cara untuk mengawal nafsu adalah dengan memastikan ia tidak dapat peluang untuk berkembang. Kalau nafsu makan sudah datang, maka sudah terlewat.

    Turunkan Berat Badan Dengan Aktiviti Senaman

  10. Senaman bukanlah perkara yang wajib dilakukan cuma manfaatnya dapat membantu mempercepatkan usaha anda menurunkan berat badan.
  11. Angkat berat! Tidak kira jantina dan umur, pastikan anda sertakan senaman angkat berat dalam program senaman. Kenapa? Ini kerana ia membantu menguatkan otot, tulang dan sendi.
  12. Pentingkan kualiti senaman. Senaman bukan hanya bergantung kepada kuantiti tapi paling penting adalah kualiti senaman. Pastikan anda mahir dalam persediaan dan pelaksanaan senaman. Kalau tidak pasti, dapatkan panduan bernas daripada mereka yang mahir.
  13. Pastikan anda bakar lemak dan bukannya glukosa. Jika anda berjoging atau bermain badminton dengan harapan membakar lemak, pastikan anda elakkan minuman berkarbonat dan bertenaga.
  14. Tidak perlu bersenam setiap hari. Senaman dua hingga empat kali seminggu pun sudah cukup. Biarkan badan anda rehat dan pulih dulu.
  15. Inginkan perut yang kempis? Crunches atau bangkit tubi dan peralatan abs sebenarnya tidak berkesan kerana otot abs masih diliputi dengan lapisan lemak. Maka, fokuskan usaha anda kepada senaman kardio dan penjagaan pemakanan untuk membakar lemak.
  16. Yoga untuk kuruskan badan? Tidak juga. Yoga memang sesuai untuk keseimbangan dan ketenangan tapi untuk senaman kurangkan berat badan, kardio jauh lebih baik.
  17. Sauna dan bilik berwap? Kedua-duanya boleh membantu membakar kalori dan proses pencernaan. Tidak menjadi masalah untuk anda melakukannya.
  18. Seks sebagai senaman? Aktiviti seks adalah contoh senaman yang sememangnya banyak membakar kalori dan dapat mengurangkan stres.

    Diet + Senaman + Makanan Tambahan = Cara Terbaik Turunkan Berat Badan

  19. Pil cepat kurus? Tidak kira di mana dan harga, tiada pil ajaib yang boleh mengurangkan berat badan atau membakar lemak tanpa gabungan pemakanan asas yang baik. Ia mustahil.
  20. Adakah pembakar lemak berkesan? Secara teorinya, ya. Peranan pembakar lemak adalah untuk menaikkan metabolisme badan melalui ramuan seperti kopi dan guarana. Jadi, dengan pembakaran kalori berlebihan ini, anda dapat mengurangkan berat badan. Namun nasihat saya, jangan bergantung kepada makanan tambahan untuk jangka masa panjang.
  21. Ingin kurangkan satu kilogram? Anda perlu membakar atau membuang 7,700 kalori sama ada melalui makanan, senaman ataupun gabungan kedua-duanya.
  22. Makanan tambahan protein adalah pilihan yang baik sebagai snek. Ia rendah kalori, mudah dibeli dan boleh disimpan di pejabat mahupun di rumah.
  23. Dapatkan multivitamin yang baik. Kekurangan mikro-nutrisi boleh menyebabkan nafsu makan anda naik. Jadi, pastikan anda mempunyai multivitamin yang bersesuaian dengan jantina, umur dan gaya hidup anda.

Di atas telah saya kongsikan 23 Tips Menurunkan Berat Badan yang boleh anda cuba dan praktikkan secara berperingkat. Tidak perlu tergesa-gesa untuk menurunkan berat badan, ini kerana proses menurunkan berat badan merupakan proses berterusan yang perlu diamalkan oleh anda.

Jika tabiat permakanan anda berubah, maka berat badan mungkin akan berubah. Sebolehnya anda berusaha untuk mengawal tabiat pemakanan anda. Tidaklah terjadi kisah diet namun tidak kurus seperti yang telah saya sentuh dalam penulisan terdahulu.

tips turunkan berat badan secara cepat dan berkesan

Diet Sihat Dan Kurus Bersama Kami

Jika produk Alpha Lipid SD 2 dapat membantu anda dalam proses diet dan perlangsingan badan, pihak kami juga syorkan produk makanan tambahan (nutritional supplements) yang dikenali sebagai Omega COQ10 yang berkhasiat untuk menambahkan kekuatan jantung anda. Omega COQ10 berkeupayaan untuk menambah kesihatan jantung, Co-Q10 juga baik untuk pesakit-pesakit yang telah menderita pelbagai penyakit jantung. Pastikan anda membaca artikel kami yang terdahulu untuk mendapatkan maklumat mengenai Omega COQ10.

Selain itu amalan pemakanan sihat dan diet secara baik juga dapat membantu menjaga kesihatan jantung. Jika anda masih mencari cara diet sihat, anda boleh hubungi kami untuk mendapatkan senarai produk dan informasi terkini mengenai diet sihat yang akan kami syorkan.

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut serta informasi terkini mengenai produk Slim Diet II dan juga produk Diet SD2 dengan menghubungi kami. Kami dari Slim Diet Net akan cuba untuk membantu anda mendapatkan bentuk badan sempurna melalui khidmat nasihat dan juga memberi panduan perlangsingan melalui diet yang baik.

Leave a Reply

%d bloggers like this: