Selamatkah Diet High Protein?

Apakah Diet High Protein

Bagi sesetengah individu, diet tinggi protein atau diet high protein tidak akan memudaratkan kesihatan terutamanya bagi mereka yang tiada masalah kesihatan. Diet tinggi protein juga adalah baik untuk mengurangkan berat badan. Namun begitu, amalan diet tinggi protein ini perlu diamalkan dalam tempoh waktu tertentu misalnya dalam jangkamasa enam bulan atau kurang.

Beberapa penyelidikan juga sedang dijalankan untuk melihat apakah kesan diet high protein sekiranya diamalkan dalam satu jangkamasa panjang. Persoalannya adakah diet high protein ini selamat untuk anda dalam proses perlangsingan badan atau diet harian anda.

Jadi apakah risiko diet high protein? Bagaimana pula untuk mengamalkan diet high protein secara betul? Berikut mungkin jawapan yang dicari oleh anda.

Risiko Diet High Protein

Berikut merupakan beberapa risiko diet high protein sekiranya diamalkan dalam satu jangkamasa panjang. Antaranya:

  1. Sesetengah high protein diet melarang pengambilan karbohidrat sehinggakan ia boleh mengakitkan gangguan nutrisi atau dengan lebih tepat badan anda akan kekurangan fiber, yang boleh mengakibatkan terjadinya masalah kesihatan seperti sembelit dan penyakit usus yang lain.
  2. Sesetengah diet tinggi protein menggalakkan pengambilan daging dan hasil tenusu yang tinggi kandungan lemak. Secara tidak langsung meningkatkan risiko sakit jantung, gout dan kolesterol yang tinggi.
  3. Diet tinggi protein juga boleh menganggu fungsi buah pinggang. Perlu anda ingat sebelum anda mengamalkan apa-apa diet, anda perlu ketahui tahap kesihatan dan apakah risiko yang perlu anda terima sekiranya anda melakukan diet tetentu. Oleh yang demikian, bagi mereka yang mempunyai masalah buah pinggang, perlu mendapat nasihat dari pakar sebelum anda mengamalkan diet berprotein tinggi.

Bagaimana Hendak Mengamalkan Diet High Protein Secara Betul

Sekiranya anda ingin mengamalkan diet tinggi protein terutamanya untuk mereka yang ingin mengurangkan berat badan, amalkan hanya untuk satu tempoh waktu yang singkat. Diet tersebut perlulah diamalkan secara bijak untuk menggurangkan risiko yang disebutkan di atas. Berikut antara tips untuk mengamalkan diet high protein secara betul.

Pemilihan sumber protein termasuk ikan, ayam tanpa kulit dan produk  tenusu yang tidak mengandungi lemak adalah langkah terbaik untuk memastikan diet protein anda adalah diet yang sihat dan berfaedah.

Selain itu,  anda juga perlu memilih makanan yang mempunyai sumber karbohidrat yang tinggi kandungan serat seperti whole grains dan sayur serta buah-buahan yang mengandungi nutrisi penting yang diperlukan oleh tubuh.

Diet Secara Bijak Bermula Dari Anda

Akhir kata, perlu diingatkan bahawa setiap apa yang anda amalkan dalam proses diet dan pelangsingan badan, ia hanya bersifat sementara, terutamanya apabila anda kembali ke tabiat pemakanan lama anda.

Oleh itu, adalah amat penting untuk anda menjaga kesihatan ketika berdiet, walaupun diet tinggi  protein berkesan dalam proses berdiet, ia juga mempunyai risiko yang perlu anda ketahui. Tidak hanya berdiet.

Anda tidak boleh terus menolak karbohidrat dalam diet anda hanya untuk mengamalkan diet high protein. Perlu diingatkan bahawa karbohidrat merupakan nutrisi penting yang juga diperlukan oleh badan.

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut serta informasi terkini mengenai produk Slim Diet II dan juga produk Diet SD2 dengan menghubungi kami. Kami dari Slim Diet Net akan cuba untuk membantu anda mendapatkan bentuk badan sempurna melalui khidmat nasihat dan juga memberi panduan perlangsingan melalui diet yang baik.

Leave a Reply

%d bloggers like this: