Panduan Pemakanan Sihat Ibu Mengandung

panduan pemakanan ibu mengandung

Alpha Lipid SD2 Sesuai atau Tidak Untuk Ibu Mengandung

Sebelum ke artikel utama mengenai panduan pemakanan ibu mengandung, adalah lebih baik untuk pihak kami memberi sedikit penerangan mengenai SD2 semasa mengandung. Untuk makluman bakal pengguna atau pengguna Alpha Lipid SD2 yang mengandung atau merancang ingin mengandung. Produk Alpha Lipid SD2 TIDAK SESUAI untuk anda amalkan semasa anda mengandung. Ingat ya TIDAK SESUAI. 

Produk Kecantikan Paling Top: Kelebihan Aura White Beauty

Anda boleh membaca artikel berikut – Adakah Program Pengurusan Berat SDII Selamat. Kami ada menyentuh tentang perkara ini.

PANDUAN PEMAKANAN IBU MENGANDUNG

Panduan Pemakanan Ibu Mengandung? Makanan Untuk Ibu Mengandung!!! Apa yang perlu dimakan semasa mengandung? Mungkin itu di antara set soalan yang bermain difikiran anda semasa anda mengandung. Panduan Pemakanan Ibu Mengandung mungkin kelihatan seperti satu perkara remeh, mungkin anda boleh mengatakan “makan saja, asal kenyang”.

Namun pernahkah anda terfikir bagaimana keadaan bayi dalam kandungan anda? Bagaimana pula bentuk badan anda nanti setelah anda melahirkan anak? Jadi panduan pemakanan ibu mengandung bukan satu perkara kecil yang boleh dipandang remeh.

Semasa mengandung, anda bukan sahaja perlu meningkatkan jumlah pemakanan tetapi apa yang anda makan adalah lebih penting.  Pada kebiasaannya wanita mengandung memerlukan tambahan 300 kalori sehari.  Terutamanya ketika usia kehamilan mencapai usia trimester terakhir.

Pada masa ini bayi membesar dengan pantas. Oleh yang demikian penambahan 300 kalori sehari adalah penting dan ia diperolehi daripada makanan yang berkhasiat supaya ioleh menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan bayi.

Mengapa pemakanan sihat penting semasa mengandung?

Pernahkah anda terfikir mengapa berat badan anda akan bertambah 10-15 kg semasa anda mengandung sedangkan berat bayi yang baru lahir hanya ¼ daripada itu?  Pada waktu ini tentu anda merasa sedikit tidak selesa, mungkin anda juga memikirkan bagaimana bentuk badan anda selepas melahirkan anak dan lain-lain lagi perkara bermain di fikiran. Sebenarnya itu bukan masalah besar jika anda memberi perhatian kepada corak pemakanan anda.

Walau pun ianya berbeza bagi setiap individu yang mengandung, terdapat beberapan faktor yang boleh menyumbang kepada pertambahan berat badan.  Antaranya ialah:

  • Berat bayi : 2.5 – 3 kg
  • Penyimpanan protein, lemak dan nutrien lain yang berlebihan : 2.75 – 3 kg
  • Penambahan darah : 1.5 – 2 kg
  • Penambahan cecair badan yang lain : 1.5 – 2kg
  • Pembesaran payudara : 0.75 – 1 kg
  • Pembesaran uterus (rahim) : 0.75 – 1 kg
  • Cecair amniotik (air ketuban) : 0.75 – 1 kg
  • Plasenta (uri) : 0.5 – 0.75 kg

Selain dari  penambahan berat bayi, faktor-faktor lain juga penting untuk memastikan fisiologi ibu berubah mengikut keperluan ibu mengandung. Pola penambahan berat semasa mengandung bagi individu juga berbeza. Sekiranya di awal tempoh mengandung berat badan berlebihan, berat anda mungkin juga akan turun sedikit pada awal trimester manakala penambahan akan berlaku bagi ibu yang kurus atau mengandung anak kembar. 

Makanan semasa mengandung

Semasa mengandung, apa sahaja yang anda makan dan minum merupakan sumber utama nutrien bagi bayi anda. Pemilihan makanan berkait rapat dengan kesihatan bayi sehinggakan kebanyakan doktor menasihatkan supaya tidak mengambil sebarang risiko dengan memakan makanan yang berkemungkinan memudaratkan bayi seperti alkohol atau makanan segera yang tidak sihat.

Sama ada anda mengandung atau tidak, diet yang sihat merangkumi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air yang mencukupi. Jika anda mengamalkan pemakanan mengikut sistem piramid makanan, ini menunjukkan yang anda berpotensi untuk menjadi individu yang sihat.

Penting bagi ibu mengandung untuk mempelbagaikan pola pemakanannya bagi memperoleh semua keperluan nutrisi untuk ibu dan bayi. Makanan yang perlu dimakan semasa mengandung ialah:

  • Buah-buahan dan sayur-sayuran – makan sekurang-kurangnya 5 hidangan sehari termasuk sebagai snek, jus atau salad.
  • Makanan berkanji – roti, nasi, pasta, ubi kentang. Pilih bijirin penuh seperti wheat atau whole grain
  • Makanan berprotein tinggi – Daging (tanpa lemak), ayam (tanpa kulit), ikan, telur, kekacang seperti soya.  Banyakkan memakan ikan iaitu sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
  • Makan nakanan yang berkalsium tinggi – Susu, yoghurt, cheese.
  • Makan Makanan berserat tinggi – Jadikan sayur, buah, bijirin dan kekacang sebagai makanan kegemaran kera na ia boleh  mengelakkan sembelit.
Penting Untuk Anda Mengikut Panduan Pemakanan Ibu Mengandung

Piramid Makanan

Minum banyak air dan elakkan makanan berlemak serta bergula tinggi seperti kek dan coklat kerana ia boleh mengakibatkan pertambahan berat badan secara mendadak dan seterusnya meniggikan risiko mendapat kencing manis (gestational diabetes mellitus)

Jika anda sukakan snek, ambil raisin, biskut bijirin penuh (Jacob’s atau IKO), salad buah, yoghurt atau sebarang makanan bernutrisi yang lain.

Perkara yang perlu diambil berat semasa membeli makanan

Makanan basah seperti ikan, ayam dan daging harus dibeli segar dan dijamin kebersihannya. Pastikan sayur-sayuran dan buah juga segar dan tidak mengandungi pestisid (kebiasaannya, sayur berlubang dimakan ulat atau serangga tiada pestisid).

Bagi makanan yang dibungkus atau dalam tin, baca label makanan yang menunjukkan kandungan nutrisi dan kalori makanan tersebut. Terdapat juga label makanan yang memberikan cadangan hidangan yang bersesuaian bagi diet seharian. Apabila anda mengandung, cadangan hidangan bersesuaian juga sebenarnya bertambah seiring dengan keperluan untuk penambahan kalori. Periksa label makanan sebelum membelinya supaya makanan tersebut dapat dipastikan:

  • HALAL kerana makanan akan menjadi darah daging anda dan bayi
  • Berkhasiat untuk kesihatan anda dan bayi

Perhatikan juga tarikh luput makanan dan pastikan pembungkus @ tin makanan dalam keadaan sempurna. Walau pun nampak remeh, tetapi ia sebenarnya penting kerana makanan yang tercemar atau sudah luput tarikhnya boleh mengakibatkan keracunan makanan sekaligus boleh memudaratkan kesihatan bayi dan anda.

Bagaimana mengetahui anda sihat semasa mengandung

Kunci utamanya ialah dengan mempelbagaikan pengambilan makanan dalam kumpulan yang berbeza-beza dengan jumlah yang mencukupi. Jangan risau jika anda mengalami alahan yang teruk dan tiada selera makan pada trimester pertama. Keadaan ini tidak akan memberikan kesan yang besar kepada bayi anda kerana bayi anda telah  mendapat nutrisi terdahulu dari anda sebaik sahaja anda makan.

Alpha Lipid Lifeline Untuk Ibu Mengandung

Bagi yang mengalami alahan sehingga mencapai trimester kedua hingga bersalin, pastikan anda tetap mengambil makanan yang berkhasiat.  Walaupun secara sedikit-sedikit tetapi kerap. Penambahan berat badan yang ideal semasa mengandung ialah 10-15 kg (kebiasaannya 1.5 – 2.5 kg pada trimester pertama dan 0.25 – 0.5 kg / minggu pada trimester ke -2 dan 3), jangan hadkan diri anda. Sebaliknya, fokus pada pemakanan yang sihat dan seimbang untuk memastikan anda dan bayi sihat.

Produk Yang Sesuai Untuk Ibu Mengandung – jika itu persoalannya, maka pihak kami amat mengalakkan anda mengamalkan meminum Alpha LipidTM Lifeline Colostrum. Alpha Lipid Lifeline adalah colostrum gred tahap tertinggi dan paling banyak mengandungi imunoglobulin dan faktor-faktor pertumbuhan yang baik untuk kesihatan anda dan juga bayi dalam kandungan anda. Sila baca mengenai Alpha Lipid Lifeline di sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk tersebut.

Amalkan pemakanan yang sihat, pastikan anda dan bayi di dalam kandungan anda mendapat nutrisi yang secukupnya. Jangan lupa mengambil supplement tambahan seperti susu, omega3 yang baik untuk minda anda dan anak yang bakal anda lahirkan, paling penting jangan tinggalkan folic asid dan vitamin C.

Kesihatan bayi anda bermula dari pemakanan yang anda ambil semasa anda mengandung. Jika anda masih ragu-ragu mengenai penduan pemakanan ibu mengandung yang kami cadangkan di sini, anda boleh dapatkan informasi lanjut mengenainya di sini.

Untuk Tempahan

013 5995 646 (SMS/WHATSAPP)
011 3350 9271 (SMS/CALL)
Suziela – Agen Sah

Leave a Reply

%d bloggers like this: