Omega COQ10

Omega COQ10 - Supplemen Tambahan Keperluan Jantung

Jika produk Alpha Lipid SD 2 dapat membantu anda dalam proses diet dan perlangsingan badan, New Image juga mempunyai produk makanan tambahan (nutritional supplements) yang dikenali sebagai Omega COQ10 yang berkhasiat untuk menambahkan kekuatan jantung anda.

Berikut merupakan informasi berguna untuk anda mengenai produk Omega COQ10.

Apa Itu CoQ10?

Koenzim Q10 (CoQ10) ialah sejenis jisim yang menyerupai vitamin dijumpai di dalam setiap sel dalam badan manusia. CoQ10 adalah perlu untuk mengeluarkan tenaga di peringkat selular. Para saintis mendapati jantung kita mengandungi 10 kali lebih banyak CoQ10 berbanding mana-mana organ lain dalam badan. Ini kerana jantung kita adalah organ yang paling kuat bekerja sebab ia berdegup kira-kira 100,000 kali sehari. Tidak ada satu degupan pun boleh berlaku tanpa wujudnya tenaga.

Menjana tenaga yang banyak tidak menjadi masalah semasa kita masih muda. Badan dapat mengeluarkan semua CoQ10 yang diperlukan oleh jantung, tetapi apabila kita semakin tua, badan akan mengeluarkan semakin sedikit CoQ10. Pada peringkat umur 50-an atau 60-an, jantung kita akan mengalami kebuluran tenaga. Sebaik sahaja keadaan ini berlaku, jantung tidak lagi mampu bekerja dengan cekap serta tidak berupaya untuk menyampaikan semua oksigen dan nutrien yang diperlukan oleh organ dan tisu di seluruh badan. Akibatnya, kita akan berasa letih dan tidak bermaya.

Kebaikan Co-Q10 untuk kesihatan jantung

Banyak penyelidikan telah dilakukan terhadap CoQ10 tetapi hasil yang paling menarik ialah yang dicapai dalam bidang kardiologi.Pada tahun 1972, Dr. Karl Folkers (dikenali sebagai ‘Bapa CoQ10’ kerana kajian mendalam beliau mengenai CoQ10) dan Dr. Gian Paolo Littarru membuktikan mereka yang menghidapi penyakit jantung seringkali adalah mereka yang juga kekurangan CoQ10.
Paras kekurangan CoQ10 telah pun dimantapkan dengan amat jelas dalam kes-kes kegagalan jantung kongestif dan kardiomayopati (otot jantung yang berpenyakit) yang merupakan penyakit yang melibatkan otot jantung itu sendiri.Apabila otot jantung lemah, ia tidak dapat mengepam semua darah yang diterima daripada badan. Juga, apabila otot jantung itu lemah, ia memerlukan lebih banyak jumlah nutrien yang mesti disalurkan ke sel-sel jantung supaya ia dapat mencipta tenaga.
Salah satu nutrien yang paling penting ialah CoQ10. Dengan mengambil suplemen CoQ10, maka otot jantung yang lemah itu dengan mudahnya dapat menambah semula simpanan CoQ10-nya. Ini membolehkan otot jantung menjana lebih banyak tenaga dengan itu memperbaiki keadaannya yang lemah itu.

Rawatan Berkesan

Koenzim CoQ10 merupakan suatu rawatan yang berkesan bagi mereka yang mengalami tekanan darah tinggi, menurut satu ujian klinikal yang diterbitkan dalam majalah Southern Medical Journal (2001; 94:112-7).

Mengikut kata Dr. Peter H Langsjoen, M.D., F.A.C.C. (doktor, ahli biokimia dan penyelidik), “Dari pengalaman klinikal saya, kekurangan CoQ10 adalah penyebab kepada kekakuan otot jantung, yang akan menyebabkan badan bertindak balas dengan adrenalin. Dan seterusnya akan menyebabkan tekanan darah tinggi”.

Terdapat beberapa penyelidikan berkaitan CoQ10 dan semuanya menunjukkan peningkatan fungsi otot jantung dan lama kelamaan menurunkan tekanan darah.

Manfaat daripada CoQ10 untuk jantung kini merupakan suatu fakta yang telah pun diterima ramai di kalangan para doktor pada hari ini. Banyak kajian menunjukkan kebaikan yang konsisten dalam kefungsian jantung di kalangan para pesakit yang mengambil CoQ10. Adalah penting kita menyedari bahawa CoQ10 itu digunakan untuk menyokong rawatan-rawatan tradisi dan bukan sebagai penggantinya.

Antara khasiat lain Co-Q10

  • selain menambah kesihatan jantung, Co-Q10 juga baik untuk pesakit-pesakit yang telah menderita pelbagai penyakit jantung.
  • kajian juga menunjukkan Co-Q10 bagus untuk mereka yang menghidapi migrain
  • membantu pesakit kanser daripada kesan sampingan semasa dan selepas rawatan kanser.
  • mengelakkan dan mengurangkan pendarahan gusi
  • memberi kesan anti-penuaan
  • mengurangkan kesan radiasi
  • merawat penyakit Parkinson

Jika anda masih lagi mencari program diet paling berkesan atau anda ingin berdiet tanpa perlu berlapar. Pastikan anda mendapatkan produk informasi dan tips terkini perlangsingan badan serta diet sihat dari pihak kami Slim Diet Net. Kami juga mengesyorkan anda mendapatkan produk SD 2 Slim Diet, berikut merupakan cara paling mudah untuk anda mendapatkan produk SD 2.

Dapatkan Produk Omega CO Q10 – Hubungi Sekarang

Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk perlangsingan badan kami sama ada produk FibreMax atau Alpha Lipid, anda boleh berbuat demikian dengan menghubungi pihak kami yang juga merupakan agen berdaftar bagi produk yang kami iklankan atau review di sini, anda boleh menghubungi kami melalui:

013 5995 646 (SMS/WhatsApp)
011 3350 9271 (SMS/Call)

Leave a Reply

%d bloggers like this: