Tips. Diet Sihat. Produk dan Pemakanan

 


9 Makanan Untuk Kesihatan Jantung

0
Posted September 20, 2012 by Suziela SlimDiet in Kesihatan

Makanan Untuk Kesihatan Jantung

Umum mengetahui penyakit jantung merupakan salah satu penyebab kematian yang utama bukan sahaja di Malaysia bahkan di dunia. Faktor-faktor risiko penyakit jantung termasuklah paras kolesterol yang tinggi, paras trigliserida (lemak darah) yang tinggi, tekanan darah tinggi, diabetes (penyakit kencing manis), obesiti berat badan berlebihan, gaya hidup yang tidak aktif dan tabiat merokok.

Cegah Sebelum Terlambat

Ramai yang bimbang diserang penyakit jantung. Tetapi, ramai juga yang tidak berusaha untuk mencegahnya. Antara perkara yang mudah dilakukan untuk menjaga jantung anda adalah dengan mengubah suai corak pemakanan seharian.

Apa yang dimaksudkan dengan mengubahsuai corak pemakanan di sini ialah; anda tahu apa yang perlu dimakan, apa kandungan makanan anda dan apa risiko mengambil sesuatu makanan. Sekiranya anda mempunyai informasi mengenai apa yang anda makan setidaknya akan lebih memilih dalam diet dan pemakanan anda.

Artikel kali ini, kami ingin kongsikan 9 Makanan Untuk Kesihatan Jantung, sebolehnya Makanan Untuk Kesihatan Jantung yang kami kongsikan di sini cuba anda amalkan dalam menu masakan atau pemakanan harian anda, sama ada di rumah atau di restoran.

 

Makanan Untuk Kesihatan Jantung

 

Terdapat  beberapa jenis makanan yang bermanfaat untuk kesihatan jantung anda.  Antaranya:

Ikan

Antara pilihan yang baik ialah salmon. Ikan adalah sumber asid lemak omega-3 yang baik. Ia melindungi jantung dengan mengurangkan radang dan risiko pembekuan darah.

Lemak ini juga membantu untuk mengekalkan paras kolesterol pada kadar yang menyihatkan. Selain salmon, pilihan lain termasuk ikan laut yang berminyak seperti ikan tuna, sardin atau hering dengan pengambilan sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Untuk lebih sihat, panggang salmon yang dimakan dengan sayuran.

Oat

Bijirin oat mengandungi serat larut dipanggil beta glucan yang membantu mengurangkan paras keseluruhan kolesterol termasuk kolesterol LDL.

Serat yang boleh larut juga membantu sistem penghadaman kekal sihat. Jika sukar menikmati bijirin oat begitu saja, campuran oat bersama susu rendah lemak atau susu soya itu boleh dicampur dengan hirisan buah-buahan segar.

Tips – Tidak mengemari Oat, anda boleh mencuba produk FibreMax dari New Image Malaysia.
Epal

Epal mengandungi sejenis bahan iaitu quercetin yang bertindak sebagai antiradang dan membantu mencegah pembekuan darah. Ia juga mengandungi vitamin dan serat, malah enak dijadikan snek ringan atau menambah hirisan epal dalam masakan.

Epal membantu untuk mengurangkan sehingga 50 peratus risiko penyakit jantung jika pengambilannya dilakukan secara berterusan misalnya, dua biji epal atau 12 auns jus epal sehari.

Sayuran berdaun hijau

Sayuran berdaun hijau bukan saja mengandungi vitamin E, malah ia turut dikaitkan dengan keupayaan daya ingatan apabila kita meningkat tua.

Tomato

Tomato juga baik untuk kesihatan jantung kerana ia kaya dengan vitamin dan lycopene yang terbukti membantu untuk mengurangkan risiko penyakit jantung.

Hanya tambahkan hirisan tomato pada sandwic atau banyakkan sos tomato dalam makanan. Malah, sos tomato yang dimasak dan sos tomato di dalam tin yang mudah didapati di kedai itu mengandungi lebih banyak lycopene berbanding tomato mentah.

Soya

Protein soya adalah sumber yang baik untuk menggantikan daging merah apatah lagi ia terbukti dapat membantu mencegah penyakit jantung.

Tips Diet: Dapatkan produk Alpha Lipid SD2, minuman campuran protein soya dan fibre yang bertindak untuk membantu tubuh badan anda membakar lemak melalui proses semulajadi.
Minyak zaitun

Minyak zaitun yang mengandungi kandungan lemak tidak tepu sehingga 77 peratus membantu untuk mengurangkan risiko penyakit jantung dengan menurunkan paras kolesterol LDL.

Bijirin penuh

Bijirin penuh menyediakan vitamin dan serat yang membuatkan jantung kekal sihat. Jika anda penggemar roti, pilihlah roti yang dihasilkan daripada bijirin penuh.

Badam

Badam dan jenis kacang lain mengandungi minyak menyihatkan, vitamin E dan bahan lain yang membantu mengekalkan paras kolesterol. Ia juga sumber yang baik untuk protein dan serat.

Di atas telah kami kongsikan 9 Makanan Untuk Kesihatan Jantung yang boleh anda cuba dan praktikkan secara berperingkat. Mungkin pada awalnya nampak sukar untuk mengubah corak pemakanan anda, namun anda boleh melakukan perubahan secara berperingkat.

Jika tabiat permakanan anda berubah, maka kesihatan anda akan lebih terjaga, berkemungkinan besar berat badan anda mungkin akan berubah. Sebolehnya anda berusaha untuk mengawal tabiat pemakanan anda. Tidaklah terjadi kisah diet namun tidak kurus seperti yang telah kami sentuh dalam penulisan terdahulu.


About the Author

Suziela SlimDiet

Dalam zaman yang penuh dengan dugaan dan cabaran hidup, kewujudan blog ini adalah tepat pada masanya. Pihak kami akan berusaha untuk menyampaikan ilmu-ilmu yang boleh dimanfaatkan serta merta oleh pembaca, dan meningkatkan jenama serta kredibiliti dalam dunia online dari semasa ke semasa.

0 Comments



Be the first to comment!


Leave a Reply

 
Maklumat Menarik Tips Sihat Alpha Lipid SD2
 
  • Alpha Lipid SD2 Sachet
  • Harga Alpha Lipid SD2 2013
  • Panduan Diet Bergambar Alpha Lipid SDII
  • Alpha Lipid SD2 Tiruan
  • Kelebihan Program Diet SD2 - Selamat dan Berkesan
  • alpha lipid sd2 - diet selamat dan berkesan
  • alpha lipid sd2 - produk sd2 terbaik
  • Alpha Lipid SD 2 Featured
 

%d bloggers like this: