Makan Ikan Untuk Lebih Muda

Makan Ikan Untuk Lebih Muda - Omega-3

Omega-3 Dalam Ikan Untuk Anti Penuaan

Kajian terbaru menemui kebaikan Omega-3 dalam ikan mampu untuk mengesan masalah DNA rapuh atau telomeres sekaligus membantu anda untuk kelihatan lebih muda. Masalah telomeres adalah satu keadaan yang berkaitan dengan proses penuaan yang berlaku secara semulajadi.

Stress, kanser dan kurang melakukan aktiviti sihat luaran seperti berlari, bersenam dan berolahraga juga boleh menyebabkan proses kerosakan sel-sel tubuh berlaku dengan lebih cepat.

Bagi mengelakkan masalah ini, Omega-3 yang ditemui dalam ikan adalah penyelamat anda. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Ohio State University, para saintis berpendapat Omega-3 dalam ikan seperti salmon perlu diambil dalam setiap menu makan anda. Sama ada menu makan malam anda, siang atau semasa anda menikmati hidangan luar rumah.

Researchers at Ohio State have explored the ability of omega-3 fatty acids to fight aging at a molecular level. That is, they found that these essential fatty acids can help preserve portions of the DNA, called telomeres, in white blood cells.

Selain itu, pengambilan supplemen tambahan Omega-3 juga dapat membantu dan mengaktifkan pertahanan antioksidan tubuh terhadap Telomeres malah ia juga dapat membantu menentang radikal bebas.

Oleh itu sekiranya anda ingin mengamal diet serta pemakanan sihat anda perlu memikirkan bagaimana hendak memasukkan menu hidangan berasaskan ikan untuk kesihatan anda dan juga keluarga anda. Telah diketahui melalui kajian yang dilakukan Omega-3 dalam ikan bukan sahaja dapat membantu anda untuk kelihatan lebih muda, malahan ia juga dapat membantu mengelakkan masalah penglihatan, lupa, kesihatan jantung dan mencegah osteoarthritis.

[box_info]Jika anda masih mencari supplement tambahan Omega-3, pihak kami mencadangkan anda supaya mencuba Omega COQ10 dari New Image. Anda boleh mendapatkan informasi lanjut mengenai Omega COQ10 di sini.[/box_info]

Leave a Reply

%d bloggers like this: