Tips. Diet Sihat. Produk dan Pemakanan

 


Larangan Semasa Diet Alpha Lipid SD2 – Buah Yang Perlu dielakkan

0
Posted October 14, 2012 by SlimDiet in Tips Sihat SD 2

Larangan Semasa Diet Alpha Lipid SD2 - Buah-buahan

 

Larangan Semasa Diet ALPHA LIPID SD2

 

Pernahkah anda terfikir mengapa wujud begitu banyak larangan semasa anda berada dalam mana-mana program diet. Jika difikirkan pelbagai larangan wujud, berlainan dan kadang-kala rasa menyusahkan. Jika hendak diikutkan, semasa berdiet kita mempunyai begitu banyak makanan diet yang perlu dielakkan. Pernah anda terfikir mengapa wujud beberapa “larangan” dalam pengambilan makanan harian anda?

Jawapannya mudah, LARANGAN adalah salah satu cara terbaik untuk mengelakkan dari anda mengambil makanan yang tidak sihat, tinggi kandungan kalorinya dan tinggi glukosanya. Tambahan pula, larangan boleh mendisiplinkan anda dalam berdiet. Apabila anda mempunyai disiplin dalam pemakanan anda, maka anda telah mengajar diri anda untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat.

Larangan: Lebih Kepada Cara Untuk Mendisiplinkan Diri Anda Semasa Berdiet

Mengurangkan makanan yang kurang sihat ini sebenarnya bukan sahaja baik untuk DIET anda malahan ia juga baik untuk KESIHATAN anda secara keseluruhan.

Makanan yang kita makan mencetuskan pelbagai tindak balas di dalam badan kita. Makanan yang tinggi dalam karbohidrat ditapis atau gulanya dipecahkan kepada gula ringkas yang dipanggil glukosa dan diserap ke dalam darah dengan cepat.

Badan bertindak balas kepada peningkatan glukosa darah ini, dengan melepaskan insulin yang cukup untuk mengeluarkan glukosa daripada darah dan memasukkannya ke dalam sel untuk tenaga, atau menyimpan untuk kegunaan kemudian.

Cuba teka dalam bentuk apa ianya sering disimpan? Tenaga yang di simpan ini dikenali sebagai LEMAK, Ya betul, LEMAK!!! Sekiranya tenaga ini tidak digunakan maka lemak tersebut akan memberi kesan keatas tubuh badan anda. Yang akhirnya akan mengakibatkan lebihan berat badan terjadi, gemuk, obesiti dan sebagainya.

Jadi mengapa buah-buahan perlu dielakkan semasa program diet SD2?

 

Mengapa Perlu Elakkan Buah-buahan Semasa Diet SD2

 

Jika anda mengurangkan karbohidrat (CHO) daripada jumlah yang anda perlukan untuk tenaga, lemak yang tersimpan akan dibakar untuk menyediakan tenaga untuk keperluan badan anda. Untuk mempercepatkan ketosis, disyorkan makan tidak lebih daripada 20g CHO setiap hari, selepas beberapa hari kebanyakan orang mendapati mereka boleh makan kira-kira 35g/day CHO dan berada pada tahap ketosis.

Karbohidrat ringkas seperti gula, kek, biskut, gula-gula, keropok, mi, nasi putih, biji-bijian ditapis dan roti putih mengandungi nilai pemakanan yang kurang dan mesti dielakkan.

Buah-buahan juga dianggap sebagai CHO kerana ia mengandungi jumlah fruktosa yang tinggi yang mudah dimetabolis. Oleh itu buah-buahan juga harus dielakkan.

Sumber-sumber terbaik CHO dalam program ini adalah sayur-sayuran berkanji rendah terutamanya, sayur-sayuran hijau. Ia adalah disyorkan 5 hidangan (kira-kira 5 cawan) sayur-sayuran yang patut dimakan setiap hari dari Kandungan Carta Makanan Slim Diet II.

 

Buah-Buahan dalam Program Diet SD2

 

Seperti yang kita tahu, sepanjangkan menjalankan program diet dengan SDII kita TIDAK DIBENARKAN mengambil sebarang buah-buahan! Tahukah anda bahawa ada sesetengah buah-buahan itu tinggi kandungan kalori dan karbohidratnya.

Di sini saya senarai buah-buahan serta kandungan kalori dan karbohidrat yang terdapat di dalam buah-buahan.

  • Rojak buah (250g)– kalori 414, carb 51g
  • Buah citrus (120g)-kalori 51.63, carb 11.61g
  • Kacang botol (200g)-kalori787.3, carb 76g
  • Kacang soya (170g) –kalori 279.88,carb 17g
  • Almond mentah (1 cup,50g) – kalori 308.3,carb 10.6g
  • Red chili pepper (1/4 cup,50g)-kalori 19.86,carb 3.7g
  • Prune (1bj,8.4g)-kalori 20,carb 5.4g
  • Lemon (1bj,50g)-kalori 32,carb 12g
  • Limau nipis (1bj) –kalori 16,carb 7g
  • Kismis (40g)-kalori 100,carb 26g
  • Black current –1/4cup,50g)-kalori 26.2,carb 7g
  • Red current(1/2,100g)-kalori 45.12,carb 9.7g
  • Buah nona (1bj) –kalori 134,carb 0g
  • Blueberry (1cup)-kalori 72,carb 21g
  • Rasberry (10bj) –kalori 6.1,carb 2.3g
  • Kedondong (1bj)-kalori 68, carb 22g
  • Gajus (1/4cup,50g)-kalori 203.8,carb 11.2g
  • Buah pala(1sudu)-kalori 32.14,carb 3.5g
  • Ciku (1bj)-kalori 145.1,carb 34g
  • Honeydew(1/2cup)-kalori 36.5,carb 9.2g
  • Strawbery (8bj)-kalori 36,carb 11g
  • Langsat (10bj)-kalori 28,carb 7g
  • Dragon fruit(1bj)-kalori 53.5,carb 9g
  • Buah delima (1bj) –kalori 112.24,carb 26.44g
  • Tembikai (1cup)-kalori 44,carb 11g
  • Nangka (4bj)-kalori 92.7,carb 0g
  • Blackbery (1cup)-kalori 37.3,carb 13.8g
  • Nenas (1bj)-kalori 229,carb 60g
  • Tomato (1bj)-kalori 19.2,carb 5g
  • Betik (1bj)-kalori 135.7,carb 37.3g
  • Jambu(1bj)-kalori 30.5,carb 10.7g
  • Belimbing (1bj)-kalori 32,carb 10g
  • Grape (30bj)-kalori 108.6,carb 27g
  • Longan (20bj)-kalori 64.94,carb 15.8g
  • Durian (1pc)- kalori 59.8,carb 13g
  • Rambutan(1bj)-kalori 8,carb 1.9g
  • Laici (8bj)-kalori 65.28,carb 16.53g
  • Manggis (1bj)-kalori 49.8, carb 15.6g
  • Mangga (1bj)-kalori 112.76,carb 28.1g
  • Kurma (4bj)-kalori 112,carb 31g
  • Oren (1bj)-kalori 41.25,carb 11.54g
  • Kiwi(1bj)-kalori 46.5,carb 12g
  • Plum (1bj)-kalori 30.2,carb 7.5g
  • Aprikot (1bj)-kalori 15.98,carb 3.98g
  • Ceri(1bj)-kalori 2.4,carb 0.7g
  • Pear(1bj)-kalori 97,carb 25g
  • Peach(1bj)-kalori 64.46,carb 16.22g
  • Pisang(1bj)kalori 112,carb 30g
  • Sukun (1cup)-kalori 211.7g,carb 0.1g
  • Apple (1bj)-kalori 120,carb 34g
  • Avocado(1/5bj)-kalori 52.5,carb 3g

Jadi inilah punca kenapa anda DILARANG mengambil buah-buahan semasa menjalani program diet SD2. Anda perlu ketahui bahawa diet SD2 merupakan diet protein, oleh itu adalah digalakan untuk anda mengambil makanan yang mempunyai nilai kandungan protein tinggi untuk mempercepatkan proses diet anda.

 

Maklumat Lanjut Mengenai Program Diet SD2

 

Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Alpha Lipid SDII atau menjana pendapatan dengan produk perlangsingan terbaik ini, anda boleh berbuat demikian dengan menghubungi kami.

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut serta informasi terkini mengenai produk Slim Diet II dan juga produk Alpha Lipid Slim Diet SD2 dengan menghubungi kami. Kami dari Slim Diet Net akan cuba untuk membantu anda mendapatkan bentuk badan sempurna melalui khidmat nasihat dan juga memberi panduan perlangsingan melalui diet yang baik.
Untuk mendapatkan informasi terkini mengenai Tips Diet, Informasi Kesihatan, Pemakanan sihat dan juga informasi terkini mengenai produk perlangsingan badan terkini, sila hubungi kami pihak Slim Diet Net di talian: 019 – 566 8484. Atau anda boleh tinggalkan komen di ruang yang disediakan.

About the Author

SlimDiet


0 Comments



Be the first to comment!


Leave a Reply

 
Maklumat Menarik Tips Sihat Alpha Lipid SD2
 
  • Alpha Lipid SD2 Sachet
  • Harga Alpha Lipid SD2 2013
  • Panduan Diet Bergambar Alpha Lipid SDII
  • Alpha Lipid SD2 Tiruan
  • Kelebihan Program Diet SD2 - Selamat dan Berkesan
  • alpha lipid sd2 - diet selamat dan berkesan
  • alpha lipid sd2 - produk sd2 terbaik
  • Alpha Lipid SD 2 Featured
 

%d bloggers like this: