Kisah Aura White Tiruan

Aura White Tiruan? Aura White Ori Bagaimana? Apa rasa?

Mungkin berikut merupakan set soalan yang selalu bermain di fikiran anda sebagai pembeli. Sedikit update disebabkan ini antara soalan paling popular yang sering kali diajukan kepada pihak kami. Semuanya tentang produk tiruan.

Apa rasa Aura White Original? Apa warna Aura White? Shaker yang di terima berlainan?

Baik ini jawapan kami, moga dapat menjawab persoalan anda.

Bagaimana Hendak Tahu Produk Tiruan atau Original

Sedikit tips dari kami, bagaimana hendak mengetahui sama ada sesuatu produk itu tiruan atau tidak, penjual tidak bertanggungjawab dan siapa yang boleh dipercayai.

Jangan Percaya Offer Yang Terlalu Murah

Ini paling penting, anda jangan sesekali terperangkap dengan tawaran harga sesuatu produk murah yang ditawarkan di pasaran. Tidak kira apa jenis produk yang anda ingin beli, tawaran terlalu murah adalah terlalu baik untuk dipercayai.

Ingat, harga jualan 1 jar Aura White Beauty adalah RM150. Jika ada tawaran RM140, RM135 atau RM130 maka ia masih lagi boleh diterima akal – ini kerana mungkin penjual terbabit sedang mengadakan promosi. Namun jika lebih murah dari harga tersebut, sila berhati-hati.

Tips: Bandingkan harga setiap penjual online yang menjual barangan yang serupa. Bandingkan harga-harga berikut untuk anda buat pernilaian sendiri mengenai harga yang ditawarkan.

Sekiranya anda menjumpai tawaran tidak logik, iaitu di bawah RM100, maka nasihat saya, elakkan dari membeli dari penjual tersebut.

Semak..Semak..Periksa..Periksa

Tahukah anda, dunia internet merupakan lubuk bagi peniaga yang tidak bertanggungjawab. Ini kenyataan, disebabkan kepopularan sesuatu produk dan pemintaan tinggi, maka senang untuk anda di tipu oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab.

Jadi, sebelum anda membeli sesuatu barang, sila semak profil penjual tersebut. Ok, bagaimana hendak semak atau periksa profil peniaga? Cara paling mudah, lihat laman webnya, profil penulis atau profil Facebook penjual terbabit. Paling mudah anda boleh lakukan sedikit carian di internet menggunakan nama profil tersebut. Anda boleh gunakan hasil carian tersebut untuk menentukan kesahihan penjual terbabit.

Siapa kami di sebalik slimdietnet.com. Untuk pengetahuan laman ini diuruskan oleh sepasang suami isteri. Untuk kenali saya, sila klik sini. Anda akan dapat maklumat lengkap siapa saya.

Perhatikan Ciri-ciri Produk yang Ingin Anda Beli

Sebagai pembeli anda perlu tahu ciri-ciri produk yang ingin anda beli, lihat sama ada produk tersebut mempunyai kelulusan dari Kementerian Kesihatan, JAKIM atau badan-badan lain yang bertanggungjawab.

Ini kerana setiap produk kecantikan, supplement dan kesihatan perlu mendapat kelulusan jualan, terutamanya kelulusan dari KKM dan status halal produk tersebut. Jika tiada ciri ciri tersebut, sila elakkan.

Apa yang pihak kami kongsikan dalam artikel ini sesuai untuk anda gunakan bukan sahaja untuk membeli produk Aura White sahaja, malahan lebih dari itu anda boleh aplikasikan untuk membeli produk-produk lain di pasaran.

Beli Aura White Original dari slimdietnet.com

Aura White Beauty Collagen 900000mg

Sekiranya anda ingin memesan produk ini dari pihak kami, anda boleh berbuat demikian dengan menghubungi wakil penjual kami atau hubungi kami melalui ruangan ini.

Dapatkan Aura White Beauty 900 000mg Collagen dengan menghubungi/SMS 013 – 5995 646 (suziela) Pastikan anda mendapat produk terbaik dengan setiap pembelian.

Leave a Reply

%d bloggers like this: