Keburukkan Vitamin – Jika Diambil Berlebihan

Vitamin merupakan makanan tambahan yang amat sinonim dengan setiap individu yang mementingkan kesihatan dan kecantikan diri. Vitamin juga diamalkan untuk menambah tenaga harian untuk tubuh yang lebih cerdas dan cergas.
Namun begitu perlu di ingat terdapat kesan buruk jika anda mengambil vitamin secara berlebihan atau melebihi keperluan harian tubuh anda.

Keburukkan Mengambil Vitamin Secara Berlebihan

Vitamin C

  • Vitamin C merupakan vitamin paling glamor dan sering menjadi bualan terutama dalam aspek penjagaan kulit. Ada yang pernah berkata tidak salah mengambil dos vitamin C secara berlebihan kerana anda akan mendapat ‘bonus’ kulit yang lebih mulus dan gebu dalam masa yang singkat. Tahukah anda jika anda mengambil vitamin C secara berlebihan ia boleh menyebabkan cirit birit, rasa loya, kejang di bahagian perut dan untuk jangka masa panjang ia boleh menyebabkan batu karang.

Vitamin B

  • Pengambilan Vitamin B amat sinonim sebagai pelengkap dan penambah tenaga harian anda. Mengambil lebih vitamin B dalam diet harian anda boleh merangsang masalah saraf .

Vitamin A

  • Pengambilan Vitamin A yang berlebihan terutama di kalangan ibu mengandung boleh menyebabkan kerencatan dan menjejaskan kesihatan janin.

Vitamin D

  • Vitamin D di dalam tubuh di ikat oleh lemak. Sekiranya vitamin ini di ambil secara berlebihan tubuh akan menolak kehadirannya tanpa memprosesnya terlebih dahulu.

Vitamin E  dan Vitamin K

  • Vitamin E dan Vitamin K juga di ikat oleh lemak dan pengambilan yang berlebihan hendaklah dielakkan. Mengambil dos yang berlebihan bagi kedua-dua jenis vitamin ini boleh menyebabkan pendarahan otak dan boleh mempengaruhi proses pembekuan darah dalam tubuh anda.

Tips Pengambilan Vitamin yang betul

  • Ambil hanya vitamin yang diperlukan oleh tubuh
  • Ambil vitamin mengikut keperluan tubuh
  • Ambil vitamin mengikut dos yang disarankan

 

AMARAN !!!

Pengambilan vitamin tanpa sebarang sebab atau keperluan tubuh oleh menyebabkan berlakunya pengumpulan racun di dalam tubuh yang mana dalam jangka masa panjang dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan

 

 

PILIH…KAJI…dan KETAHUI Keperluan Vitamin Kepada Tubuh Anda sebelum anda mengamalkannya

Leave a Reply

%d bloggers like this: