Tips. Diet Sihat. Produk dan Pemakanan

 


Gemarkan Makanan Ringan Gantikan Dengan Snek Lebih Berkhasiat

0
Posted September 12, 2012 by Suziela SlimDiet in Pemakanan Sihat

makanan ringan 640x523 Gemarkan Makanan Ringan Gantikan Dengan Snek Lebih Berkhasiat

Tidak dinafikan yang Snek, Makanan Ringan atau Makanan Segera sememangnya sedap. Namun tahukah anda bahawa terdapat sekurang-kurangnya 200 jenis makanan segera yang amat digemari rakyat negara ini menjadi punca pelbagai penyakit kritikal penduduk Malaysia. Dengan kata mudah, makanan segera sebenarnya merbahaya berdasarkan fakta dan kajian yang dilakukan.

Sekiranya anda atau anak di rumah gemarkan makanan segera, makanan ringan atau snek yang termasuk dalam kategori makanan segera maka anda perlu melakukan sesuatu untuk menukar tabiat pemakanan tersebut. Walaupun risiko serta bahayanya tidak kelihatan, namun risiko kesihatan tetap ada, tambahan pula makanan tersebut sebenarnya tidak berkhasiat.

 

Gemarkan Makanan Ringan, Gantikan Dengan Snek Lebih Berkhasiat

 

Sebenarnya agak sukar untuk menukar tabiat pemakanan anda atau anak-anak di rumah sekiranya anda tidak benar-benar melakukan perubahan dalam diet serta pemakanan anda. Tambahan pula sekiranya anda mempunyai anak kecil yang telah di ajar dari kecil “mengemari” memakan snek yang tidak berkhasiat.

Namun, anda jangan khuatir, ini kerana anda boleh melakukan sesuatu secara berperingkat untuk mengubah tabiat pemakanan anak-anak anda di rumah, antaranya ialah:

Sebagai ibu-bapa, elakkan daripada memperkenalkan makanan ringan yang tidak berkhasiat kepada anak sejak mereka kecil. Didiklah mereka mencintai makanan berkhasiat. Tapi, jika anak sudah ‘mesra’ dengan makanan ringan, jangan kecewa. Tukarkan makanan tersebut kepada yang lebih berkhasiat.

Panduan memilih snek:
  1. Pilihlah snek yang rendah lemak, gula dan garam
  2. Pastikan snek tersebut tinggi serat, vitamin dan mineral.
  3. Ambil snek hanya ketika lapar.
  4. Snek yang rendah kalori perlu diutamakan.
 Jangan ambil:
  • Gula-gula
  • Burger
  • Makanan ringan
  • Kentang goreng
  • Aiskrim
 Gantikan dengan:
  • Buah-buahan
  • Biskut bijirin
  • Roti
  • Sandwic
  • Pau
  • Popia basah
  • Dadih

Sekiranya anda mempunyai pendapat untuk dikongsikan mengenai amalan memakan makanan segera dan apakah bahaya makanan segera, sila berbuat di ruangan komen di bawah. Mungkin input anda boleh dijadikan panduan buat rakan yang lain.

 

Diet Sihat Bersama Kami

 

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut serta informasi terkini mengenai produk Slim Diet II dan juga produk Diet SD2 dengan menghubungi kami. Kami dari Slim Diet Net akan cuba untuk membantu anda mendapatkan bentuk badan sempurna melalui khidmat nasihat dan juga memberi panduan perlangsingan melalui diet yang baik.
Untuk mendapatkan informasi terkini mengenai Tips Diet, Informasi Kesihatan, Pemakanan sihat dan juga informasi terkini mengenai produk perlangsingan badan terkini, sila hubungi kami pihak Slim Diet Net di talian: 019 – 566 8484. Atau anda boleh tinggalkan komen di ruang yang disediakan. Kami mempunyai pelbagai cara untuk membantu anda mendapatkan bentuk badan sempurna melalui tips-tips permakanan sihat kami.

About the Author

Suziela SlimDiet

Dalam zaman yang penuh dengan dugaan dan cabaran hidup, kewujudan blog ini adalah tepat pada masanya. Pihak kami akan berusaha untuk menyampaikan ilmu-ilmu yang boleh dimanfaatkan serta merta oleh pembaca, dan meningkatkan jenama serta kredibiliti dalam dunia online dari semasa ke semasa.

0 Comments



Be the first to comment!


Leave a Reply

 
Maklumat Menarik Tips Sihat Alpha Lipid SD2
 
  • Alpha Lipid SD2 Sachet
  • Harga Alpha Lipid SD2 2013
  • Panduan Diet Bergambar Alpha Lipid SDII
  • Alpha Lipid SD2 Tiruan
  • Kelebihan Program Diet SD2 - Selamat dan Berkesan
  • alpha lipid sd2 - diet selamat dan berkesan
  • alpha lipid sd2 - produk sd2 terbaik
  • Alpha Lipid SD 2 Featured
 

%d bloggers like this: