Diet Tapi Tidak Kurus

Diet Tapi Tidak Kurus - Diet Sihat

Diet Tapi Tidak Kurus? Ya, kadang-kala itu merupakan kenyataan dan menjadi persoalan kepada ramai wanita di luar sana. Sedar atau tidak ramai di kalangan kaum wanita mencuba pelbagai cara dan usaha untuk kurus namun seringkali menemui jalan buntu. Mengapa itu terjadi, apa puncanya dan apa sebabnya.

Kenapa tubuh saya masih gemuk meskipun pelbagai usaha dan cara telah saya buat? Saya merupakan seorang wanita yang ayu dengan berat badan ideal. Selepas dikurniakan anak ketiga saya mula sukar menurunkan berat badan. Saya melakukan senaman dan mengurangkan makan. Meskipun mengamalkan diet yang ketat namun saya tidak berjaya untuk kurus.

Di atas merupakan situasi yang mungkin terjadi kepada anda. Anda mengamalkan diet namun berat badan anda tetap tidak turun. Sebenarnya untuk diet anda perlu mengetahui bagaimana badan anda berfungsi dan bagaimana pula organ dalaman anda berfungsi. Tidak semestinya menahan lapar dan diet itu merupakan cara terbaik untuk kurus, jika anda tidak memahami bagaimana organ lain anda berfungsi dalam proses diet anda.

Berikut sedikit informasi sihat yang ingin pihak kami kongsikan. Habiskan artikel ini dan kongsi pendapat anda di ruangan komen di bawah:

Diet Tetapi Tidak Kurus, Mengapa…

Apabila kita makan, makanan akan diagihkan ke seluruh tubuh melalui empat cara. Jadi anda perlu tahu bagaimana dan organ dalaman mana yang terlibat.

Hati

Hati berfungsi sebagai organ yang menguraikan bahan toksik. Ini bermakna hampir kesemua bahan toksik dibawa ke hati dan hati akan menguraikannya sebelum ia boleh disingkir keluar dari tubuh kita. Selain itu hati juga berperanan mensintesiskan asid amino iaitu bahan protein yang mampu membantu baik pulih tubuh kita. Kulit, rambut, membrane dan sel-sel tubuh sentiasa berganti baru dan proses ini mampu dilakukan dengan adanya hati yang membekalkan asid amino yang mustahak.

Apabia enzim dan hormon rosak maka lemak tidak dapat terurai dan sebaliknya melekat pada hati. Ini menjadikan masalah fatty liver atau hati berlemak. Fatty liver mencetuskan kerosakan hati. Sel-sel lemak berkumpul menyaluti organ. Ini membuatkan perut tampak besar dan sukar untuk kempis.

Otak

Otak menggunakan secara terus zat makanan yang diperlukan. Yang terpenting adalah glukosa. Keseimbangan paras glukosa dijaga oleh keseimbangan hormon dalam darah kita. Apabila kelenjar hormon bermasalah maka ketidakseimbangan paras gula membuatkan seseorang berasa berdebar debar dan mudah letih.

Apabila otak tidak mendapat cukup tenaga maka seseorang juga menjadi murung dan mudah berasa bosan.

Otot

Otot kita menggunakan banyak tenaga. Metabolisme pada otot boleh jadi berlaku secara erobik di mana otot menggunakan oksigen bagi menguraikan gula kepada tenaga dan boleh jadi juga secara unerobik di mana pemecahan glycogen tidak menggunakan oksigen. Hasil akhirnya ialah sejenis asid laktik yang membuatkan otot berasa sakit dan lenguh.

Adipose tisu

Adipose tisu ialah nama lain bagi tisu lemak dalam tubuh kita. Tisu lemak merupakan simpanan tenaga dalam tubuh. Apabia seseorang berada dalam keadaan berpuasa lemak ini akan diuraikan kepada tenaga. Bahan yang penting semasa penguraian ini ialah enzim dan hormon pemecah lemak. Di antara hormon dan enzim yang penting ialah insulin glucagon thyroid lipase dan banyak lagi jenis amylase yang bekerja bersama sama.

Kesan daripada hormon yang rosak amat perlahan. Pada peringkat awal seseorang mula berasa keletihan sahaja lalu mereka beranggapan masalah itu adalah disebabkan penuaan. Apabila tua maka pelbagai masalah menyerang termasuklah keletihan. Apabila kerosakan hormon menjadi serious maka badan menjadi gemuk dan keletihan menjadi lebih ketara. Pada waktu ini program diet dan senaman tidak lagi dapat membantu mereka.

Kerosakan metabolik turut menjejaskan rupa paras dan kulit mereka. Kulit menjadi bertambah gelap dan kering. Pigmentasi mula kelihatan dan bagi lelaki rambut mula menjadi nipis. Sesetengahnya mula menjadi pelupa dan mudah stress.

Membetulkan Pendekatan Untuk Kurus

Sebenarnya untuk anda diet, menurunkan berat badan dan mengamalkan diet sihat anda perlu mempunyai kefahaman terhadap metabolism sebelum memulakan program penurunan berat badan. Hormon cortisol yang terlalu tinggi cenderung bukan sahaja mengumpul lemak, ia juga membuatkan kulit bengkak dan timbul tanda pigmentasi kehitaman pada kulit.

Jadi anda perlu sesuaikan bagaimana anda diet dan bagaimana anda makan. Jika tidak apa jua program perlangsingan badan yang anda sertai dan segala produk pemakanan kesihatan yang anda cuba tidak akan memberi kesan.

Ramai orang berkata obesiti disebabkan pemakanan yang salah dan mengambil kalori berlebihan. Namun mengapa setelah berdiet dan makan secara sedikit mereka tetap tidak kurus? Kalau sebab obesiti ialah kalori berlebihan kenapa kita sukar kurus meskipun makan sedikit.

Menganggap obesiti sebagai suatu penyakit yang mengancam kesihatan membolehkan kita berganding bahu di dalam masyarakat bagi merawat dan membendung kejadian ini. Rawatan obesiti bukan sahaja memerlukan pengurangan kalori. Sebaliknya kerosakan hormon metabolik perlu dirawat dan kebolehan tubuh menggunakan lemak sebagai tenaga perlu distimulasikan. Ini dinamakan rawatan secara customized iaitu memenuhi keperluan tubuh seseorang.

Diet Sihat Dan Kurus Bersama Kami

Jika produk Alpha Lipid SD 2 dapat membantu anda dalam proses diet dan perlangsingan badan, pihak kami juga syorkan produk makanan tambahan (nutritional supplements) yang dikenali sebagai Omega COQ10 yang berkhasiat untuk menambahkan kekuatan jantung anda. Omega COQ10 berkeupayaan untuk menambah kesihatan jantung, Co-Q10 juga baik untuk pesakit-pesakit yang telah menderita pelbagai penyakit jantung. Pastikan anda membaca artikel kami yang terdahulu untuk mendapatkan maklumat mengenai Omega COQ10.

Selain itu amalan pemakanan sihat dan diet secara baik juga dapat membantu menjaga kesihatan jantung. Jika anda masih mencari cara diet sihat, anda boleh hubungi kami untuk mendapatkan senarai produk dan informasi terkini mengenai diet sihat yang akan kami syorkan.

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut serta informasi terkini mengenai produk Slim Diet II dan juga produk Diet SD2 dengan menghubungi kami. Kami dari Slim Diet Net akan cuba untuk membantu anda mendapatkan bentuk badan sempurna melalui khidmat nasihat dan juga memberi panduan perlangsingan melalui diet yang baik.

Leave a Reply

%d bloggers like this: