Diet Sihat Berpandukan Piramid Makanan

Diet Sihat Piramid Makanan

Diet Sihat Berpandukan Piramid Makanan

Di zaman ini serba moden selari dengan peredaran masa – kita sentiasa sibuk dengan pekerjaan dan aktiviti seharian. Rata-rata kebanyakan orang menjalani kehidupan yang sentiasa sibuk dan apa yang menjadi mangsa adalah tabiat pemakanan kita. Sibuk, tiada masa, tidak sempat dan sebagainya menjadi alasan kita, akibatnya ramai yang memilih untuk makan di luar rumah dan lebih teruk makanan segera menjadi menu makanan harian.

Corak pemakanan seperti ini sememangnya kurang sihat tetapi adakah kita perlu mengorbankan corak pemakanan yang sihat jika ingin memenuhi tuntutan kehidupan moden? Adakah kita boleh menyeimbangkan semua perkara termasuk dalam soal pemakanan? Bagaimana kita mahu memastikan diet yang sentiasa menyihatkan sedangkan anda tiada masa untuk makan makanan yang disediakan di rumah?

Pelbagai persoalan boleh diajukan, namun jawapannya bagaimana. Dalam artikel diet sihat kali ini, kami ingin kongsikan sedikit tips tentang Piramid Makanan. Iaitu bagaimana anda boleh mengamalkan pemakanan dan diet sihat berpandukan Piramid Makanan.

Piramid Makanan Sebagai Panduan

Untuk memastikan anda memakan makanan yang sihat dan sesuai dengan diet harian adalah dengan menjadikan Piramid Makanan sebagai panduan.

Tipsnya gunakan lima kumpulan makanan seperti yang disyorkan dalam Piramid Panduan Pemakanan sebagai titik permulaan dalam memilih makanan anda. Tidak kira sama ada menikmati sajian di luar rumah ataupun menyediakannya sendiri.

Piramid Makanan - Diet Sihat Piramid Makanan Malaysia

Bagaimana Mengunakan Piramid Makanan Sebagai Panduan

Apa yang penting adalah setiap hidangan perlu mengandungi bahan berasaskan bijirin, sayuran atau protein sayuran, buah-buahan, daging tanpa lemak dan produk tenusu.

Anda boleh menggunakan kaedah dengan memenuhkan separuh pinggan dengan sayur-sayuran, suku pinggan dengan protein tanpa lemak dan suku lagi dengan bijirin, buah-buahan dan tenusu untuk diet pemakanan seimbang.

Selain itu, paling penting untuk memilih hidangan yang menggunakan kurang minyak, garam dan gula selain mendapatkan makanan yang bersesuaian dengan waktu makan.

Sekiranya anda makan diluar rumah, pastikan pula hidangan yang anda pesan mengandungi bahan tersebut. Paling tidak hidangan anda mempunyai sebahagian dari menu sihat yang terkandung dalam Piramid Makanan.

Awasi setiap hidangan yang diambil kerana lazimnya tabiat masyarakat tempatan gemar memakan snek berkalori tinggi di antara waktu makan.

Mengapa Perlu Makan Makanan Sihat

Pengambilan bahan berasaskan bijian sempurna amat penting kerana bahan ini lengkap dan masih mengandungi nutrien penting seperti vitamin E dan vitamin B yang hanya akan hilang jika diproses.

Contoh bijian sempurna ialah beras ceruh, oat, gandum lengkap, bran gandum dan bran oat. Selain daripada nutrien, bijian sempurna seperti oat mengandungi khasiat tambahan seperti serat terlarut yang membantu merendahkan paras kolesterol dan mengurangkan sembelit.

Walaupun anda boleh mengatakan bahawa anda sihat kerana melakukan senaman secara berkala setiap hari. Namun, anda tetap perlu membentuk tabiat pemakanan sihat sejak awal kerana semakin usia meningkat, sukar untuk menghentikan ‘ketagihan’ terhadap makanan tidak seimbang.

Tambahan pula kandungan lemak tepu dan lemak trans yang ada dalam makanan tidak sihat itu boleh menyebabkan arteri tersumbat dan membawa risiko penyakit jantung tanpa mengira berat badan ataupun tahap kecergasan yang dimiliki.

Perlu atau Tidak Mengamalkan Pemakanan Sihat

Tepuk dada, tanya selera. Mungkin itu pepatah lama yang baik untuk anda. Ini kerana anda boleh memakan makanan yang sedap tanpa mengira kandungan dan risikonya. Namun cuba renungkan keadaan kesihatan anda di hari tua anda sekiranya anda tidak mengawal pemakanan anda atau anak-anak anda dari sekarang.

Tidak dinafikan, apabila umur semakin meningkat dan penyakit kronik menjadi risiko paling nyata, langkah pencegahan menjadi kunci utama dalam pengurusan diet harian.

Berdasarkan penyelidikan dan kajian, kebanyakan pakar penyelidik dan pakar penjagaan kesihatan percaya tabiat pemakanan seimbang dan penekanan kepada gaya hidup sihat harus dimulakan sejak awal. Ini adalah langkah terbaik dalam mencegah penyakit berkaitan diet pemakanan seperti jantung, kanser atau kencing manis. Makanan tidak seimbang juga akan menyebabkan anda mengalami masalah berat badan. Sesuatu yang tidak diingini oleh anda.

Cara terbaik mendidik diri dan keluarga dalam pemakanan ialah dengan mengamalkan kesederhanaan dalam diet harian. Iaitu hanya makan makanan yang sihat, makan dalam jumlah yang sedikit dan snek juga perlu seimbang bagi memastikan diri sentiasa bertenaga sepanjang hari.

Untuk kekal sihat, makan dan senaman sahaja tidak mencukupi ini kerana anda perlu juga meluangkan masa untuk beriadah bagi mengurangkan tekanan, menguatkan otot, dan mengekalkan BMI badan yang sihat.

Akhir kata, kami percaya yang diet sihat, pemakanan sihat dan penjagaan kesihatan yang sempurna bermula dari anda, dan perlu dimulakan dari rumah.

Kami Ada Penyelesaian Kepada Masalah Berat Badan Anda

Pihak Slim Diet Net merupakan antara pengedar produk Alpha Lipid SD2 atau Slim Diet yang bergerak aktif dalam memberi panduan kepada wanita yang memerlukan khidmat penurunan berat badan secara sihat. Untuk maklumat lanjut produk dan tempahan sila hubungi kami di bawah:

013 5995 646 (SMS/WHATSAPP)
011 3350 9271 (SMS/CALL)
Suziela – Agen Sah

Leave a Reply

%d bloggers like this: