Diet Semasa Menyusu – Perlukah Anda Berdiet?

diet semasa menyusu

Diet Semasa Menyusu – Apa Yang Perlu Anda Tahu

Adakah anda tahu semasa anda hamil dan selepas anda melahirkan bayi anda akan mengalami pelbagai perubahan. Anda akan menghadapi pelbagai perubahan dari segi fizikal and sebagainya sepanjang waktu anda hamil atau mengandung. Perubahan ini akan berlaku secara berperingkat, agar memberi masa yang lama secukupnya untuk anda bersedia dan menyesuaikan diri kepada perubahan tersebut.

Antara perubahan-perubahan yang boleh dijangka adalah seperti perubahan fizikal, perubahan bentuk badan, pertambahan berat badan, sembelit, loya dan sebagainya. Perubahan ini berlaku disebabkan oleh perubahan hormon badan anda untuk menyesuaikan diri anda dengan kehamilan. Anda tidak perlu gusar, takut dan murung akibat perubahan yang berlaku, ini kerana ianya hanya bersifat sementara dan ianya boleh kembali normal setelah anda melahirkan bayi anda.

Namun, sebagai wanita moden dan berkerjaya, anda tentu terfikir tentang keperluan ingin berdiet untuk mengembalikan kembali bentuk badan anda. Sudah tentu anda merasakan perlu untuk anda diet semasa menyusu dan sebagainya sebagai salah satu cara untuk menurunkan berat badan dan mengembalikan bentuk badan asal anda. Namun perlukah anda berdiet semasa menyusu? diet semasa menyusu, adakah baik untuk anda dan bayi anda.

Artikel ringkas kali ini adalah mengenai diet semasa menyusu, pastikan anda habiskan artikel ini agar anda mendapat kefahaman tentang diet semasa menyusu.

Bagaimana Hendak Diet Semasa Menyusu

Kurangkan berat badan secara perlahan dengan menggabungkan diet sihat yang rendah lemak dengan senaman ringan. Penurunan berat badan yang cepat akan membahayakan bayi anda sebab mungkin ini membebaskan toksin – yang selalunya disimpan dalam lemak badan – ke dalam aliran darah, justeru meningkatkan jumlah pencemar yang akan masuk ke dalam susu badan anda. Perhatian pada peringkat ini juga anda tidak digalakkan untuk mengamalkan meminum produk Alpha Lipid SD2.

Sepanjang Tempoh Berpantang dan Kehamilan Adalah digalakkan Anda Mengamalkan Pengambilan Susu Alpha Lipid Lifeline. Ia Juga Sesuai Untuk Diet Semasa Menyusu Anda.

Sebagai tambahan, penyusuan juga membantu membakar lemak yang terkumpul semasa kehamilan dan digunakan untuk menghasilkan susu. Seorang ibu yang menyusui membakar lebih banyak kalori daripada yang tidak menyusui. Ini bermakna wanita-wanita yang menyusui boleh turun berat 0.5 kg /1 paun sebulan, hanya kerana penggunaan tenaga yang diperlukan untuk menghasilkan susu.

Oleh itu, semasa menyusu anda tidak perlu untuk anda melakukan aktiviti berat hanya untuk diet. Aktiviti penyusuan anda banyak menggunakan tenaga. Pada peringkat ini tumpukan kepada penyusuan bayi anda dan bukannya sebaliknya.

Adalah baik menunggu 10 bulan sehingga setahun untuk kembali kepada berat pra-kehamilan anda. Jika anda mahu mengurangkan sedikit pengambilan makanan anda, tunggu sehingga sekurang-kurangnya enam minggu selepas kelahiran bayi anda. Menghadkan pengambilan makanan anda pada minggu awal laktasi akan mengurangkan bekalan susu anda.

Semasa Menyusu – Apa Yang Perlu Anda Makan

Anggap penyusuan badan sebagai motivasi berterusan untuk mengikuti diet yang sihat sepertimana yang anda ikuti semasa kehamilan. Fokus ke atas pengambilan bijiran penuh seperti nasi perang dan bijiran, buah-buahan dan sayur-sayuran segar dan makanan yang memberikan banyak protin, kalsium dan zat besi (dan seperti biasa, makanan ringan sekali-sekala adalah okay).

Pilih snek yang berkhasiat seperti yogurt, kekacang dan kekeras, telur dan sandwic yang diperbuat daripada roti gandum penuh. Adalah baik jika anda menghadkan pengambilan makanan bergoreng dan juga makanan yang disediakan dengan minyak sapi dan santan kelapa.

Dalam sesetengah komuniti, mungkin terdapat pantang-larang terhadap sesetengah jenis makanan untuk bulan pertama atau 44 hari selepas kelahiran. Walau bagaimanapun, pakar-pakar tetap mengatakan bahawa anda tidak perlu menghadkan diet anda kecuali bayi anda menunjukkan tanda-tanda sensitif selepas menyusu.

Diet Semasa Menyusu – Tumpukan Kepada Bayi Anda Dahulu

Semasa peringkat penyusuan, diet anda perlulah dihadkan, ini kerana kepentingan utama dan penjagaan kesihatan yang baik sebagai persediaan penyusuan bayi anda adalah perlu diutamakan. Ini kerana untuk kekal cantin, ramping, kurus dan berdiet boleh dilakukan pada bila-bila masa. Pastikan anda memberi penyusuan terbaik kepada bayi anda.

Leave a Reply

%d bloggers like this: