Bahaya Makanan Segera – Punca Penyakit Kritikal di Malaysia

Bahaya Makanan Segera - Punca Penyakit Kritikal

Sedapnya Makanan Segera..Ya, makanan segera memang sedap jika anda pengemar makanan segera. Namun tahukah anda bahawa terdapat sekurang-kurangnya 200 jenis makanan segera yang amat digemari rakyat negara ini menjadi punca pelbagai penyakit kritikal penduduk Malaysia. Dengan kata mudah, makanan segera sebenarnya merbahaya. Bahaya Makanan Segera,  itu fakta berdasarkan kajian yang dilakukan.

Sekiranya anda mengemari makanan segera maka anda perlu tahu yang makanan itu mengandungi kandungan lemak trans-fats, gula, garam dan bahan kimia yang tinggi. Pegambilan makanan segera dalam satu jagkamasa panjang akan mengancam kesihatan anda, anak-anak dan juga amat tidak baik kepada individu yang mempunyai risiko penyakit kronik.

Antara penyakit yang dicetuskan oleh makanan ini adalah kegemukan, diabetes, jantung dan kanser.

Apa itu Makanan Segera Sebenarnya…

Apa itu makanan segera? Laman web Wikipedia merujuk makanan segera sebagai makanan yang boleh disediakan secara cepat. Selalunya makanan yang disediakan di restoren makanan segera adalah termasuk dalam kategori ini.

Manakala Instant Food pula merujuk kepada –  frozen dinnerfrozen mealmicrowave meal, or ready meal iaitu makanan siap yang hanya memerlukan sedikit usaha penyediaan sama ada perlu dimasak atau dipanaskan sahaja. Selalunya makanan segera didatangkan dalam hidangan untuk seorang.

Ia biasanya tidak berkhasiat dan mempunyai lebih keburukan berbanding kebaikan. Ini kerana proses penghasilan makanan segera sahaja melibatkan pelbagai proses yang tidak baik untuk kesihatan namun diadakan untuk memberi ketahanan kepada makanan tersebut. Sebelum ianya dibungkus atau packing untuk satu jangkamasa yang lama.

Makanan Segera di Malaysia

Dalam konteks Malaysia, ia bukan lagi datangnya dari restoran-restoran makanan segera yang lazim dikenali, tapi merangkumi makanan sejuk beku yang dipercayai mengandungi bahan pengawet yang berbahaya.

Menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), antara makanan dan minuman segera yang dikategorikan sebagai tidak berkhasiat ialah mi segera, minuman bergas, gula-gula, burger dan coklat.

Makanan terbabit merupakan penyumbang kepada penyakit seperti sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang yang dihidapi kira-kira tiga juta penduduk negara ini.

Malah, dua juta rakyat negara ini iaitu 8.5 peratus daripada 26 juta penduduk, didapati menghidap penyakit diabetes, yang kebanyakannya berpunca daripada makanan.

Bahaya Makanan Segera Berdasarkan Kajian

CAP dalam kajiannya turut mendapati hampir keseluruhan murid-murid sekolah menjadi sasaran kepada makanan segera dan terdedah kepada gejala penyakit kritikal itu sejak di usia muda. Ini kerana kandungan gula berlebihan dan pewarna tiruan merupakan antara ‘racun’ yang tersembunyi dalam makan segera.

Anda perlu tahu yang pengambilan makanan segera yang berlebihan dan malas bersenam akan menyumbang kepada obesiti yang menjadi punca segala penyakit termasuk darah tinggi, masalah jantung, kencing manis dan kegagalan buah pinggang.

Kebanyakan menu makanan segera mengandungi kadar karbohidrat yang tinggi tanpa vitamin atau zat berfaedah terutama untuk kanak-kanak yang sedang membesar. Kalori yang memasuki badan juga sukar untuk dibuang dan ini akan membawa kepada masalah kesihatan seperti kegemukan dan masalah jantung.

Sejumlah besar kalori dalam makanan segera tidak diperlukan dan akan mengganggu sistem metabolisme badan, seterusnya dikumpul menjadi lemak.

Pendidikan Mengenai Bahaya Makanan Segera Perlu Di Terap

Oleh itu, amalan untuk mengekang pengambilan makanan segera perlu dimulakan dengan pendidikan golongan muda tentang pemakanan seimbang dari bangku sekolah lagi. Amalan pemakanan sihat perlu dimulakan di rumah, ibu bapa perlu memainkan peranan penting sama ada mengawal pemakanan anak-anak di rumah, menyediakan menu makanan sihat dari dapur dan juga mengurangkan memasak makanan segera yang di beli dari pasaraya.

Sebagai ibu bapa anda perlu tahu keburukan mengambil makanan segera, anak-anak tidak memahami baik buruk makanan segera tetapi tetap memilihnya disebabkan mentaliti yang diterap oleh ibu bapa masing-masing.

Pada masa yang sama, kajian juga menunjukkan kanak-kanak yang gemar memakan makanan segera kurang aktif berbanding rakan sebaya mereka yang mengamalkan pemakanan sihat. Sekiranya anak anda tidak aktif maka ia boleh menyumbang kepada masalah kesihatan yang lain, maka anda perlu memainkan peranan anda untuk mendidik anak-anak di rumah.

Makanan Segera. Kongsi Pendapat Anda

Sekiranya anda mempunyai pendapat untuk dikongsikan mengenai amalan memakan makanan segera dan apakah bahaya makanan segera, sila berbuat di ruangan komen di bawah. Mungkin input anda boleh dijadikan panduan buat rakan yang lain.

Leave a Reply

%d bloggers like this: