Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang KOLESTEROL

Penyakit jantung merupakan salah satu penyebab kematian yang utama bukan sahaja di Malaysia bahkan di dunia.Faktor-faktor risiko penyakit jantung termasuklah paras kolesterol yang tinggi, paras trigliserida (lemak darah) yang tinggi, tekanan darah tinggi, diabetes (penyakit kencing manis), obesiti berat badan berlebihan, gaya hidup yang tidak aktif dan tabiat merokok.

Apa itu Kolesterol

Apa Yang Anda Perlu Thu Tentang Kolesterol

Kolesterol merupakan sebatian berlemak, juga dikenali sebagai lipid, yang beredar melalui darah dan diperlukan untuk pelbagai fungsi badan yang penting seperti pembinaan membran sel, penghasilan sesetengah jenis hormon, penghadaman lemak dan sintesis vitamin D dalam badan. Kolesterol beredar di dalam darah melalui pengikatan pada kompleks protein yang dikenali sebagai lipoprotein. Lipoprotein diklasifikasi berdasarkan keberkesanannya mengangkut kolesterol.

Lipoprotein Berketumpatan Rendah (Low Density Lipoprotein – LDL) mengangkut kolesterol dari hati ke sel-sel badan melalui peredaran darah. Ia juga cenderung untuk memendakkan kolesterol pada dinding salur darah, selepas mengalami pengoksidaan, menyebabkan ia dikenali sebagai `kolesterol tidak baik’.

Kolestrol Baik Yang Dikitar

Berlawanan dengan Lipoprotein Berketumpatan Tinggi (High Density Lipoprotein – HDL), yang juga dikenali sebagai `kolesterol baik’, membawa kolesterol kembali ke hati untuk dikitar semula atau ditukarkan kepada asid-asid hempedu lalu dikumuhkan.

Masalah berlaku apabila paras kolesterol dalam darah menjadi terlalu tinggi dalam darah di mana tindakan radikal bebas akan menyebabkan lebih banyak kolesterol LDL dioksidakan. Akibatnya, terbentuk mendapan pada dinding salur darah yang dikenali sebagai plak. Keadaan ini dikenali sebagai aterosklerosis iaitu pengerasan dinding salur darah. Sekiranya keadaan ini berlaku secara berterusan, penyumbatan salur darah boleh terjadi, justeru meningkatkan risiko serangan jantung dan strok.

Hati menghasilkan sebahagian besar dari kolesterol yang diperlukan oleh badan. Sebab mengapa sesetengah individu mengalami peningkatan paras kolesterol melebihi keperluan badan tidak dapat dijelaskan. Bagaimanapun, terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada fenomena ini. Antaranya ialah diet yang tinggi dengan lemak tepu di mana diet jenis ini berupaya menggalakkan hati menghasilkan lebih banyak kolesterol. Makanan yang tinggi dengan kandungan kolesterol termasuk daging merah, kuning telur, makanan laut dan organ haiwan seperti hati. Sesetengah individu mengalami masalah paras kolesterol yang tinggi disebabkan oleh faktor genetic dan keadaan ini dikenali sebagai familial hypercholesterolemia.

Bagaimana Menurunkan Kolestrol

Pendekatan semula jadi boleh dilakukan untuk menangani masalah paras kolesterol yang tinggi. Kajian menunjukkan bahawa gugulipid, gum resin yang diekstrak daripada pokok guggul, Commiphora mukul berupaya menurunkan paras kolesterol dalam darah, meningkatkan dan mengekalkan nisbah HDL kepada LDL. Guggulipid berfungsi dengan meningkatkan perkumuhan garam hempedu dan bertindak sebagai anti-oksidan. Sebahagian besar komponen garam hempedu merupakan kolesterol, oleh itu peningkatan perkumuhan garam hempedu membantu menyingkirkan kolesterol berlebihan dari hati. Sebagai anti-oksidan, guggulipid menyekat pengoksidaan LDL lalu mencegah pengumpulannya pada dinding salur darah.

Dari segi keselamatan pula, penggunaannya adalah selamat dan tiada kesan sampingan berbanding penggunaan statin. Walaupun statin berpotensi mengurangkan paras kolesterol yang tinggi melalui penghalangan penghasilan kolesterol oleh hati sebanyak 25 peratus, penggunaannya masih memerlukan pengawasan rapi kerana statin boleh menyumbang kepada masalah hati atau ginjal, menyebabkan otot menjadi lemah, mengalami keletihan, sakit kepala dan masalah intoleransi gastrousus.

Pengubahsuaian cara hidup dan diet merupakan faktor-faktor penting dalam mengawal paras kolesterol. Pengambilan diet dengan kandungan kolesterol, lemak tepu, asid lemak trans yang rendah tetapi tinggi dengan serat serta lemak poli tak tepu dari ikan, zaitun, avokado dan evening primrose perlu diamalkan.

Pengurangan berat badan terutamanya di bahagian pinggang adalah penting kerana kajian telah membuktikan bahawa lemak di bahagian tersebut meningkatkan risiko mendapat serangan penyakit jantung dan diabetes. Kekerapan melakukan senaman juga sangat digalakkan.

Ingin Menjaga Kesihatan Jantung Anda

Jika produk Alpha Lipid SD 2 dapat membantu anda dalam proses diet dan perlangsingan badan, New Image juga mempunyai produk makanan tambahan (nutritional supplements) yang dikenali sebagai Omega COQ10 yang berkhasiat untuk menambahkan kekuatan jantung anda. Omega COQ10 berkeupayaan untuk menambah kesihatan jantung, Co-Q10 juga baik untuk pesakit-pesakit yang telah menderita pelbagai penyakit jantung. Pastikan anda membaca artikel kami yang terdahulu untuk mendapatkan maklumat mengenai Omega COQ10.

Selain itu amalan pemakanan sihat dan diet secara baik juga dapat membantu menjaga kesihatan jantung. Jika anda masih mencari cara diet sihat, anda boleh hubungi kami untuk mendapatkan senarai produk dan informasi terkini mengenai diet sihat yang akan kami syorkan.

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut serta informasi terkini mengenai produk Slim Diet II dan juga produk Diet SD2 dengan menghubungi kami. Kami dari Slim Diet Net akan cuba untuk membantu anda mendapatkan bentuk badan sempurna melalui khidmat nasihat dan juga memberi panduan perlangsingan melalui diet yang baik.

Leave a Reply

%d bloggers like this: