Adakah Badan Anda Mendapat Air Secukupnya

Adakah Badan Anda Mendapat Air Secukupnya

Adakah Badan Anda Mendapat Air Secukupnya?

Kita kerap mendengar minum air akan dapat membantu tubuh kekal sihat. Sebelum ini kita telah berkongsi tentang kebaikan meminum air suam.  Namun adakah kita ketahui sama ada badan kita mendapat air yang secukupnya.  Pakar seringkali menyatakan purata lapan gelas sehari sudah mencukupi bagi tubuh kita.  Ada benarnya, jumlah lapan gelas sehari adalah mencukupi untuk tubuh kita namun jumlah sebenar perlu di ukur berdasarkan keperluan tubuh bagi setiap idividu.

Rasanya artikel mengenai fakta meminum air sebanyak 8 gelas sehari ini amat menarik untuk dikongsikan bersama anda.

Tahukah anda kebanyakan individu dewasa akan hilang diantara 1.8-2.8liter air sehari berdasarkan kepada fungsi normal tubuh seseorang.  Tetapi para atlet yang tinggal di Negara yang beriklim panas akan cenderung mengalami kehilangan lebih banyak air.  Oleh yang demikian, meminum lebih banyak air adalah penting untuk menggantikan air yang hilang melalui peluh. Baca juga mengenai minuman tenaga K-29 sekiranya anda seorang atlet.

Tahukah anda tubuh kita terdiri daripadaa 55-70% air, tetapi tubuh kita tidak dapat menghasilkan air dengan sendiri.  Jadi perlu bagi kita untuk minum air bagi mengekalkan formula kesimbangan tersebut.  Tetapi masih ramai lagi yang tidak menyedari mereka sebenarnya mengalami dehidrasi.  Ini kerana dahaga adalah petanda dehidrasi yang lemah.  Tahukan anda apabila anda berasa dahaga, ia sudah terlambat.

Sekiranya seseorang yang dahaga mengambil minuman ringan ia tidak menggantikan air yang hilang dari tubuh.  Soda yang sejuk cukup menyegarkan tetapi minuman yag berkafien tidak membantu menambahkan air dalam tubuh.  Air adalah penawar penyahidratan terbaik.  Sekiranya dehidrasi  sederhana berlaku ia mampu menjejaskan tenaga dan fungsi mental serta boleh meningkatkan stress.  Manakala dehidrasi yang teruk pula boleh menyebabkan kesan yang lebih parah.

Jadi persoalannya sekarang ialah, adakah badan anda mendapat air yang secukupnya?

No Responses

Leave a Reply

%d bloggers like this: