10 Tips Meningkatkan Kadar Metabolisme Badan – Untuk Menurunkan Berat Badan

10 Tips Meningkatkan Kadar Metabolisme Badan adalah tips kesihatan dan diet secara sihat yang boleh anda cuba dalam proses menurunkan berat badan anda. Anda boleh mencuba tips di bawah sama ada semasa anda melakukan diet, pemakanan, senaman atau dalam aktiviti seharian anda.

Apakah Metabolisme

Metabolisme merupakan proses di mana badan kita akan menukarkan apa yang di makan dan di minum kepada tenaga.  Semasa proses biokimia ini berlaku, kalori dalam makanan dan minuman digabungkan dengan oksigen untuk membebaskan tenaga dalam badan untuk membolehkan tubuh kita berfungsi.

Secara mudahnya tidak kira apa yang anda lakukan – tidur, berkerja, makan, minum dan sebagainya…Badan anda akan tetap membakar kalori untuk membantu anda terus hidup. Baca dengan lebih lanjut mengenai Metabolisme di sini.

10 Tips Meningkatkan Kadar Metabolisme Badan

10 Tips Meningkatkan Kadar Metabolisme Badan

Apa yang cuba dikongsikan di sini ialah 10 tips meningkatkan kadar metabolisme badan yang anda boleh cuba dalam proses menurunkan berat badan anda. Antara tips yang diketahui amat berkesan membantu menurunkan berat badan adalah seperti berikut;

Bina otot-otot (build Muscle)

Badan kita sebenarnya berterusan membakar kalori walaupun semasa kita berehat. Kadar metabolisma pada waktu kita berehat adalah lebih tinggi pada mereka yang lebih berotot. Setiap pound otot menggunakan 6 kalori sehari manakala setiap pound lemak hanya membakar 2 kalori sehari.

Bersenam aerobik atau berjogging

Bersenam aerobik – berjogging tidak membina otot namun ia mampu meninggikan kadar metabolisme selepas kita melakukannya.

Minum banyak air

Badan kita memerlukan air untuk memproses kalori. Apabila kita kekurangan air dalam badan (dehydrated), kadar metabolisme akan menurun. Dalam sehari seorang dewasa memerlukan 8 gelas air masak.   Untuk mengekalkan bekalan air di dalam badan, kita hendaklah minum air masak sebelum makan. Sebagai tambahan boleh juga memakan buah-buahan yang banyak mengandungi air.

Tips – Amalkan Meminum Air Banyak

Campurkan ais dalam air

Minuman berais akan menggalakkan badan membakar lebih kalori semasa penghadaman tetapi dengan syarat air tersebut tiada tambahan gula atau cream/susu pekat manis.

Makan lebih kerap

Makan lebih kerap boleh membantu mengurangkan berat badan. Mengambil snack setiap 3-4 jam akan membantu meningkatkan kadar metabolisme. Kajian menunjukkan jika seseorang mengamalkan snack mereka akan makan kurang sewaktu makan tengahari dan makan malam.

Pedaskan masakan anda

Makanan yang pedas mengandungi bahan kimia yang boleh meninggikan kadar metabolisme.

Makan lebih protein

Badan membakar kalori 2 kali ganda bagi menghadamkan protein berbanding lemak atau karbohidrat. Sumber protein yang sihat adalah daging merah, ayam tanpa kulit, tauhu, kacang, telur dan susu rendah lemak.

Minum teh hijau (Green Tea)

Kajian menunjukkan dengan meminum 2-4 cawan teh hijau sehari membantu membakar 50 kalori sehari, ini bersamaan kurangkan 5 pounds berat setahun. TETAPI pastikan tanpa gula!

Elakkan crash diet.

Crash diet ialah mereka yang makan kurang daripada 1,000 kalori sehari. Walaupun diet ini membantu mengurangkan berat badan namun sebenarnya pengurangan berat badan adalah daripada kemerosotan otot-otot. Apabila otot-otot berkurang, maka kadar metabolisme akan berkurangan. Akhirnya badan akan membakar kurang kalori malah akan lebih cepat menaikkan berat badan berbanding sebelum diet jika individu itu sudah tidak patuh pengambilan kalori 1,000 kalori sehari.

Tips – Apa itu Diet High Protein

Amalkan Alpha Lipid SDII

Ambil 2 sudu 4 kali sehari untuk mendapat penurunan berat 2-5kg dalam seminggu.

Diet Secara Bijak Bermula Dari Anda

Akhir kata, perlu diingatkan bahawa setiap apa yang anda amalkan dalam proses diet dan pelangsingan badan, ia hanya bersifat sementara, terutamanya apabila anda kembali ke tabiat pemakanan lama anda.

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut serta informasi terkini mengenai produk Slim Diet II dan juga produk Diet SD2 dengan menghubungi kami. Kami dari Slim Diet Net akan cuba untuk membantu anda mendapatkan bentuk badan sempurna melalui khidmat nasihat dan juga memberi panduan perlangsingan melalui diet yang baik.

Untuk mendapatkan informasi terkini mengenai Tips Diet, Informasi Kesihatan, Pemakanan sihat dan juga informasi terkini mengenai produk perlangsingan badan terkini, sila hubungi kami pihak Slim Diet Net di talian: 013 5995 646 (SMS/WHATSAPP). Atau anda boleh tinggalkan komen di ruang yang disediakan. Kami mempunyai pelbagai cara untuk membantu anda mendapatkan bentuk badan sempurna melalui tips-tips permakanan sihat kami.

Leave a Reply

%d bloggers like this: